Wednesday, 23 February 2011

tinta untuk Saudagar Emas

Kehadapan kekanda yang dicintai setulus hati,

LEBIHAN STOK RINDU.

Berhubung perkara di atas, adinda, selaku peneraju Syarikat Hati Sdn. Bhd., ingin menyatakan masalah syarikat adinda yang sekian lama adinda alami.

2. Adinda ingin memohon jasa baik kekanda untuk membantu adinda menyelesaikan masalah ini secepat mungkin. Ini kerana adinda bimbang, syarikat adinda bakal mengalami kerugian yang besar jika adinda menanganinya seorang diri. Adinda ketandusan idea di manakah lebihan stok ini akan dibawa.skandal pown takde kanda. Adinda sedia maklum akan status baru kekanda yang bergelar saudagar emas. Kekanda tersangatlah sibuk dengan urusan kekanda sehingga kekanda lupa tugas kekanda sebagai pengurus stok di syarikat adinda. 

3. Diharap kekanda dapat membantu adinda dalam menyelesaikan masalah lebihan stok ini. 

4. Segala kerjasama dan masa yang kekanda akan gunakan untuk adinda pada masa akan datang, adinda dahului dengan jutaan terima kaseh.

Salam sayang,

(tandatangan)

adinda.

2 comments:

terima kasih atas komen anda .... :)